Atv kemensah

Dalam artikel ini aku nak review ATV Kemensah yang ada di Kg. Kemensah, Selangor.
.
Kali pertama aku naik kenderaan jenis ATV, masuk ke dalam hutan, & jumpa air terjun.
.
Kalau korang duduk KL, agak dekat sikit, Kg. Kemensah ini di belakang Zoo Negara je. Kalau nak ride ATV pada hujung minggu, better korang booking seminggu, 2 minggu sebelum, kalau tak memang sini sentiasa booking full pada weekend. Orang book ramai2 utk aktiviti team building di sini pada weekend.
.
Pakej dia bermula dengan harga RM100 sehingga la RM300. Di mana setiap pakej, trail dia berlainan, lebih lama dan korang akan diberikan masa utk mandi-manda di air terjun.
.
Dah sampai sana, korang perlu isi form, memakai helmet keselamatan dan boleh pilih ATV korang. Lepas dia tunjuk demo cara nak ride ATV, utk first timer, kena lalui latihan sikit (pusing2 sekeliling trail training sampai korang faham cara nak bawa).
.
Pakej yang aku ambil adalah A, yang harga RM100, total trail dlm 1 – 1 jam stgh. Trail yang kami lalu tu adlh yang paling senang, abg Guide tu kata. Tapi bagi aku, itupn dah cukup mencabar, sebab aku tak reti sangat bawa motor.
.
Ada beberapa kawasan yang berbukit, kena pandai bawa. Nasib baik part2 tu, abg Guide tolong nailkan ATV aku. Banyak kawasan yang berlumpur dan licin juga. Tapi ride ATV di tengah2 hutan, dgn pokoknya, lumpurnya sangat best!
.
Then kami sampai di stop di satu air terjun utk mandi- manda. Cuma sebab kami x bawa sebarang baju lain utk mandi, kami hanya lepak2 then teruskan ride balik.
.
Bagi aku, abg Guide di sana sgt profesional dan menjaga keselamatan kami. Di sini ada juga kawasan parking kereta. Sebelah tempat ATV, ada juga tempat paintball.
.
Overall aku rasa tempat ini sangat best, sesiapa nak try ride ATV, memang ATV Adventure Park, Kg. Kemensah patut jadi pilihan korang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here