📍 @myboatnoodle, IOI Mall Puchong.
🏷 RM180+
.
Pertama kali try @myboatnoodle dengan kawan. Ni yang kitorang dapat bila order semua menu makanan yang dia ada.
.
Setiap boat noodle dia boleh pilih sama ada nak ayam atau beef. Bagi saya boat noodle dia semua sedap kecuali sweet kuey chap yang manis. Memang tak boleh terima bila ada noodles yang manis.
.
Siapa yang taknak noodle, boleh pilih menu dia spt nasi goreng Bangkok atau chicken rice. .
Side dishes dia memang banyak yang sedap. Crunchy tempura, chicken wings, fried som tam, chicken meatballs dan thai fried chicken – semua ni aku layan makan.
.
Oh ye, dia ada menu manis dia, hot steamy sangkayaa. Ada bun dengan kaya kat tengah. Perghh memang sedap sangat makan bila cicah dengan kaya dia.
.
Ada dua jenis sos / sambal yang bagi aku sangat sedap. Sos yang datang sekali dengan fried chicken dia, ada rasa berlemak-lemak, dan sedap. Sos yang dengan chicken wings pedas dan sedap juga.
.
Makan 2 orang, tapi order semua menu dia. Memang tak habis makan 2 orang, jadi kita bungkus bawa balik.
.
Bagi aku, Thai Boat Noodle sesuai kalau nak cuba sesuatu yang baru, tapi dari segi rasa, aku rasa sama je mcm kat kedai makanan Thai biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here