Dah lama teringin nak try burger kat sini, kami pun terjah kedai Burger on 16. Kedai ini betul-betul belakang Times Square..Deco kedai nampak hipster sikit, masak kami pergi, satu meja je yang ada customer, lain semua kosong. Malam weekend (Ahad) tapi tak ramai. Maybe sebab esoknya kerja, orang tak ramai kot.

Kami pun duduk dan lihat pada menu. Niat kitorang adalah untuk FOODHUNT. So kami order 4 jenis burger, buffalo wings dan air suam sahaja. Kami minta dia siap-siap potong burger tu 2 bahagian. Senang kami nak makan..Menu Yang Kami Order:

  • California Cheese Skirt
  • Who is Rosemary?
  • Teriyaki Outspread
  • Crunchy Fillet
  • Buffalo wings

Kami mulakan dengan California Cheese skirt. Rasanya cheese dia terbaik. Yang macam bentuk thosai tulah cheese dia. Dia crispy. Dan diorang ada letak sos mereka sendiri.

Next kami makan Teriyaki Outspread. Rasa burger dia agak biasa. Bagi aku, tak berbaloi rasa dia dengan harga yang kami bayar. Rasa macam burger ramly biasa pun ada sikit. Haha.

Lepas tu kami try buffalo wings. Aku agak kecewa dengan kepak ayam ni. Dia balut kepak ayam tu guna tepung sotong goreng tepung. Dan sos dia agak manis.Burger crunchy fillet jadi mangsa kami yang seterusnya. Rasanya ok, sedap, takde apa nak komen sangat.

Then kami cuba Who is Rosemary?Ini antara burger dengan citarasa baru aku pernah try. Dia letak bini rosemeri atas daging burger tu. Jadi bau dia sedap, maybe korang akan rasa macam herba sikit. Tapi sedap, bau pun sedap. Burger yang mempunyai rasa dia sendiri.

Based on pengalaman dah try keempat-empat burger tu, aku boleh cadangkan berbaloi makan sini kalau korang order California Cheese Skirt dan Who is Rosemary? sahaja. Yang 2 lagi tu rasa biasa je.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here