the hideout glamping

Untuk korang yang tak faham dengan terma Glamping, ianya bermaksud berkhemah dengan kemudahan-kemudahan asas & selesa.

Maksudnya kita berkhemah tapi siap ada kipas, makanan yang cukup, khemah yang luas dan sebagainya.

Ok, so dalam post ini kita nak tengok salah satu tempat yang ada “Glamping ini, iaitu The Hideout ! Campsite glamping ini salah sebuah tempat menarik di KL yang ramai taktau.

Berlokasi di Sungai Tua Ulu Yam, Batu Caves, pakej satu malam di sini bermula dengan RM99/pax jika book untuk 4 orang sekaligus.

So apa yang best sangat dekat sini ? Ok meh saya cerita…

Mereka sediakan ‘Rainbow Campfire’

Anda tak perlulah susah payah, bertungkus lumus nak buat unggun api dekat sini, biar mereka ‘settle’kan untuk anda ! Dan unggun api dia adalah warna pelangi tau. Rare tak rare beb ?

Pakej siap ada ‘buskers’

Memang betul. Kalau anda datang bersama kawan-kawan memang syiok boleh sembang malam sampai subuh, sambil layan lagu okey !

Jangan lupa BBQ

Camping tak sempurna lah kalau tiada aktiviti makan bakar-bakar, betul tak ? Sebab itulah The Hideout ini siapa sediakan untuk anda, tempat bakar, siap dengan Western BBQ & Marshmallow dalam pakej mereka.

Kemudahan Bilik Yang Cukup Selesa

Cilik camping mereka muat 4 orang dewasa & juga kanak-kanak, bilik air pula dibina asing-asing tak perlu kongsi, parking kereta berhampiran je dengan kawasan glamping ini.

Boleh mandi sungai pagi-pagi nanti

Bab ini admin paling suka, sebab The Hid3out bukan sekadar glamping, tapi siap berkedudukan dekat dengan sungai, jadi bermalam di sini cukup lengkap tau !

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here