📍 Club Med, Cherating, Pahang
🏠 Superior room
🏷 RM1,000++/night
.
Aku stay kat hotel ni tahun 2016. Hotel paling mahal yg aku pernah stay. Club Med ni adlh satu franchise hotel/resort yg akan offer korang pengalaman baru dengan servis tiptop & aktiviti yg menarik.
.
Utk harga RM1000+ smlm, kitorang dilayan macam VIP sepanjang stay di sana. Dia punya customer service mmg terbaik. Makanan & minuman free flow, makan je bila2 korang nak sepanjang hari.
.
Bagi aku, bilik dia biasa je. Rasa mcm bilik ni dah lama. Mcm patut kena renovate bg cantik lagi. .
Tapi di mana bilik2 ni located, sgt menarik. Seolah2 korang stay di tengah2 garden. Buka tingkap bilik, nampak hijau je. Tapi ada gangguan monyet la skit2. Haha.
.
Aku paling suke nightlife dia. Tempat ni ada komuniti dia sndr. Malam lepas makan, ada tempat lounge yg korang blh spend masa dgn kawan2 atau pasangan. Diorang ada live band kat situ. Ada big screen yg mainkan movie. Ada freeflow air yg korang blh minum sambil lepak.
.
Utk kanak2 pula, diorang ada buat teater show dan circus. Pekerja2 diorang yg menjadi pelakon show tu. Budak seronok je lepak sana tgk show tu. Bestnye kat sini, korang blh hntr anak2 ke mini club di mana akan ada org yg jaga diorang dgn mcm2 aktiviti dan games. So ibubapa blh la spend time tanpa gangguan.
.
Aktiviti2 yg kat sini best. Rock climbing, sailing, archery, horse riding – semua aktiviti ni, staf sgt friendly ajar korang dan guide. Dlm resort ada swimming pool, ada jln utk pergi ke pantai juga. .
Overall nak ckp, bg aku dia sama je mcm stay dkt resort tepi pantai yg biasa bila kita buat family day, pergi ramai2. Tapi kalau korang hanya pergi 2, 3 org je, boleh dtg stay sini sbb sini mmg meriah dan aktiviti banyak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here