EXIF_HDL_ID_1

Dusun Bonda – Satu resort yang biasa aku dengar orang pergi utk aktiviti company trip atau family day. Tapi biasa kita dengar resort2 ni kat Pahang kan, tapi Dusun Bonda ni ada di Batang Kali, Selangor. Pakcik owner di sana bagitau, seminggu sblm aku pergi, mereka baru habiskan satu program anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dkt sana. So kira, Dusun Bonda ni antara resort yg Hotspot juga la.

Dusun Bonda ni ringkasnya utk korang yang nak stay di tempat yang dekat dengan nature, tanpa sebarang gangguan dunia luar yang busy tu…Sampaikan dalam ni, line Maxis aku internetnya memang xde langsung. Haha!

Dari KL aku drive ambil masa 1 jam utk sampai ke sini. Aku stay di bilik Studio Room – Biliknya kecil, padat, tapi selesa. Tiada tandas attached. Tandas public ada di luar. Tandas pun biasa2 je..Bilik aku TV with Astro (ada channel basic shje), aircond, windows yang menghadap jalan kampung, almari kecil, sejadah. Ada beranda yang kecil di luar bilik. Ada paip kat tepi. So nak amik air sembahyang memang mudah. Tak perlu turun bawah utk tu.

Aku mula explore setiap tempat yang ada dekat sini. First aku minta permission kat staf sana utk nak lihat bilik Studio Villa mereka, sbb bilik itu yang first ada di laluan tu. Quite besar, dalam bilik ada 1 katil bertingkat, tapi tilam queen size. So muat la 4 orang dlm bilik tu. Ada TV, tandas, aircond. Dari bilik ada pintu yang connect to dapur. So kalau korang amik bilik Studio Villa, blh akses dapur ni, boleh masak2 sendiri. Sebab mereka provide breakfast sahaja dlm pakej.

Paling aku minat dgn bilik Studio Villa, ialah veranda dia. Memang style. Ada sofa kat situ, siap ada hanging wooden chair, yang mmg Nampak klasik. Kalau turun daripada veranda ni, ada satu gate kecil, bila dibukanya, ada tangga yang jadi akses turun utk mandi sungai.

Next aku pergi ke tempat makan dia. Ada facilities yang ringkas. Stove, Peti sejuk, walter filter, pinggan mangkuk, dan sudu garpu. Tepi tempat makan ni adalah sungai. Daripada tempat makan ni pun ada gate kecil utk laluan tangga ke sungai. Waktu malam, tempat makan ni memang cantik dengan lampu2 dia. Tapi satu je la, bernyamuk habis masa aku duduk makan sarapan. Haha! Ok, utk korang yg bawa kanak2 ke sini, ada satu mini-playground, ni je la tempat favourite mereka nnt di sini.

Ok next aku sampai ke tapak glamping dia. For information korang, Dusun Bonda ni mmg tempat yang popular sebab tapak glamping dia. Glamping ni maksudnya camping mewah. Korang akan ada basic facilities dalam camp tersebut. Di sini ada 2 jenis glamping korang blh stay. Glamping by river (dekat dengan sungai), glamping by pool (dekat dengan pool). Dalam setiap glamping ada 3 tilam queen size (muat 6 orang), ada 2 kipas, dan 1 air cooler. Khemahnya blh dibuka dan ditutup kalau-kalau hujan. Di luar glamping ada bilik tandas.

Next dia punya pool. Waktu petang, dekat tempat pool, ada tempat seperti mini-waterfall, air dari atas mengalir ke bawah pool. Waktu petang, mereka ada buka payung2 siap dengan kerusi santai, sepanjang pool tu ada lampu, memang Nampak sangat cantik waktu petang dan malam.

Dekat sini, diorang ada sediakan BBQ pit, dan kalau request awal2, mereka blh siapkan daging & ayam juga utk korang masak dan buat aktiviti BBQ nti dengan family.

Bila waktu malam, sebabkan sana takde wifi, fon aku pun takde signal kuat for internet, aku terpaksa drive keluar pergi ke kedai makan di luar dari situ yang senang nak dapat signal. Jalan keluar dari Dusun Bonda ke jalan utama, sumpah menakutkan. Nak keluar dari situ, lebih kurang 10km, sepanjang tu tiada 1 lampu jalan langsung, gelap yang suram, paling menakutkan jalan dia sangat sempit yang blh lalu satu kereta, tapi 2 way. Dalam gelap tu aku memang drive sangat perlahan sebab ada je kereta dtg di laluan opposite.

EXIF_HDL_ID_1

Lepas aku lepak di kedai makan, buat kerja sikit, aku pun balik bilik dan tido. Bilik Studio Room yang aku stay malam tu, view dia agak unik. Dari tingkap aku boleh Nampak jalan kampung yang orang guna utk naik ke atas atau turun ke bawah utk pergi ke kawasan pekan.

Overall aku boleh bagi rating 4 star utk stay di Dusun Bonda ni. Resort yang paling sesuai utk korang yang minat nature, nak buat aktiviti BBQ, mandi sungai, nak ambil gambar yang cun-cun, nak rasa pengalaman glamping yang connect with nature – korang wajib dtg stay di Dusun Bonda ni. Harga Biliknya start dari RM350/night utk glamping. So jangan lupa nak stay Dusun Bonda ok!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here