EXIF_HDL_ID_1

📍 @thehulohotel , Bukit Bintang KL.
🏠 Superior King Room.
🏷 RM56/night @agoda
.
Kalau korang ni peminat paintings dan arts, mesti suka dengan hotel ni. Hulo hotel ni adalah boutique hotel, maksudnya hotel yang kecil tapi ada keunikan sendiri berbanding hotel biasa.
.
Bila aku masuk ke dalam korridor dia, seolah-olah masuk 1 art gallery.
Sepanjang koridor ada pelbagai jenis lukisan yang diorang pamerkan. Dekat pintu setiap bilik ada nama dan gambar pelukis-pelukis.
.
Antara lukisan yang aku kenal ialah Joker, Transformers, Bruce Lee, Ikan dan Octopus. Dekat lobi dia pula, ada beberapa mannequin yanh sgt cantik, spt mannequin bentuk seorang wanita dan juga mannequinn dinosaur.
.
Aku dapat view bilik yang betul-betul nampak Tun Razak Exchange dr tingkap. So malam-malam aku baring sambil tgk view TRX yang bertukar2 warna dia. Sangat best!
.
Lagi satu perkara unik di hotel ni, tilamnya diletak di atas lantai je. Takde katil. Lantai & dinding bilik dibuat dari kayu. Bukan dinding concrete mcm hotel-hotel lain. So aku ada feel tido di rumah kampung.
.
Ada 2 konsep baru aku perasan dalam bilik ni. First, pintu tandas dia dilekat dengan cermin full size, so diorang mempergunakan ruang pintu tu dengan baik. Lagi satu, di bawah tv dia ada mcm satu peti yang dilipat, bila dibukanya, terus jadi meja. Untuk orang senang nak baca atau nak buat kerja. .
Untuk hotel ini, aku bagi 3.5 out 5, aku memang puas hati dengan harga RM56 yang dibayar utk Superior Room dia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here