📍Kolam Ikan LS (Pulau Carey), Banting.
🏷 RM100/orang, 2 jam.
.
Tempat ni jauh di pedalaman Banting, tu first time aku pergi kolam mancing dlm hidup aku. Selain kolam mancing ikan tu, ada juga beberapa kolam ikan lain dekat kawasan tu.
.
Kolam ikan LS ni kolam tangkap lepas, maksudnya lepas tangkap, korang kene lepaskan balik dlm air. Bukan boleh dibawa balik rumah. .
Sebab pergi dengan kawan-kawan, jadi aku pinjam je pancing, umpan dan aksesori mancing yg lain.
.
Mula-mula masuk je, ada 1 kawasan mancing khas utk tangkap udang. Nak mancing di sini, korang kena bayar dlm RM10+ lebih je. Dan udang yang ditangkap, boleh dibeli dengan harga RM7 stp 100gram. Yang aku bayar RM100 tu utk mancing di kolam yang ada ikan2 besar.
.
Abg Budin yang bawa kami tulah tolong settingkan pancing dan umpan dan ajar aku cara nak memancing.
.
Sebelum kami nak mula, abg staf yg kene sana amik pancing aku dan tepuk2 di atas air. Sekejap je dia tepuk, terus ada 6,7 ikan besar2 munculkan diri dan berkumpul kat situ. Terkejut aku tengok sebab memang banyak ikan kumpul situ.
.
Kami pergi 4 atau 5 orang, memang semua dapat rasa tangkap ikan. Aku tangkap ikan yg 75kg, ikan Goliath. Lepas tangkap aku tarik dia naik, amik gambar, lepas 3,4 minit lepaskan balik dlm air.
.
Memang siapa nak rasa pengalaman memancing, boleh sgt pergi tempat ni dan cuba. Selalunya org yg kaki pancing, kene sabar sebab tunggu lama utk dapat ikan. Tapi korang pergi sini, tak perlu tunggu lama pun, kejap je dah dpt ikan..korang boleh tarik ke atas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here