lexis-hibiscus-port-dickson

📍 Lexis Hibiscus Port Dickson
🏠 Panorama Pool Villa
🏷 RM1000/night
.
Hotel ni aku pernah stay 2 kali. Dan ini hotel kedua paling mahal pernah duduk. Dia agak jauh dr bandar, kalau korang xde transport sndr, susah skit nak klua makan ke apa.
.
Dua dua kali pun pergi dgn kawan. Dia ada bebrapa jenis bilik. Kami amik panoramic pool. Maksudnye, dekat balkoni bilik ada swimming pool. Then dia facing laut. So view dia memang cun sgt.
.
Bilik dia besar, ada 2 queen bed. Tandas dia pun besar. Dkt lantai tandas, ada satu bhgn yang diorang cover dengan cermin je. So kita blh tgk laut kt bwh dr tandas tu. Dalam bilik siap ada sauna, lepas mandi pool, blh laa ddk2 sauna panaskan badan.
.
Ada TV besar, tapi x bnyk option movie, kami menyesal tak bawa pendrive..haha.
.
Kali kedua aku pergi Lexis Hibiscus Port Dickson ni, kami siap bawa 2 pancing, sbb angan2 nak pancing ikan dr balkoni. Lepas check in, dr tghri kami dh start memancing. Kebetulan dlm 1 jam lbh tunggu, tup tup dpt ikan seekor. Memang happyy gilerr masatu sbb tak expect langsung. Tapi malangnya, itulah ikan pertama & terakhir kami dpt. Smpi ke esk, mmg takde ikan lain kami tangkap. Memang lawakk la..
.
Dia ada servis buggy. Sebab drpd bilik nak pergi lobby agak jauh. Lagi2 kalau korang dpt bilik kt hujung skli. Memang jauh. Tapi buggy blh hantar korang.
.
1st time aku dtg, aktiviti malam, kitorang pi karaoke. Tapi bayar la asing utk tu. Tak termasuk dgn pakej bilik. So blh layan lagu2 feeling. 2nd time dtg, malam kita keluar makan seafood kt luar. Lepas klua drpd hotel, dkt2 situ ada bnyk gerai2 seafood.
.
Balik drpd mkn lepak dlm pool. Aku ke sampai pagi lepak dlm pool je. Atas pelampung. Sambil tgk laut. Waktu malam + pool + sea view, memang mcm heaven. Tenang je feeling.
.
Pagi esk plk, kami mkn breakfast, then pergi ke laut. Main banana boat, mandi2 laut. Puas hati. Then check out dan balik.
.
Rating aku, 4/5 utk hotel ni, utk harga RM1,000+ dia fulfill juga expectation korang, dan kalau bawa kanak2, memang diorang akan enjoy sgt dgn pool tu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here