seminar nak ubah hidup

Biasa Noor tulis artikel pasal pengalaman travel je kan ? Kali ini lain sikit, nak share pengalaman yang saya dapat sepanjang 3 hari menghadiri Seminar Nak Ubah Hidup pada 25hb, 26hb dan 27hb di Setia City Convention Centre, Shah Alam

Secara jujurnya, ini bukan first time saya hadir seminar Dr Azizan. Dah berkali-kali saya pernah pergi pelbagai seminar dia sejak 5 tahun yang lepas.

Tapi seminar Nak Ubah Hidup kali ini sangat la Gempak, GILER, dan memberi motivasi yang cukup kuat! Seminar Nak Ubah Hidup ni basically seminar motivasi – tapi bukan seminar biasa-biasa yang korang pernah hadir sebelum ini.

Aku sampai awal pada 1st day, park kereta & terus ke tempat daftar di dewan. Yang bestnya bila buat smeinar ni kat SCCC ni, tempat dia besar tau..Parking pn banyak spot, luar dewan seminar ada tempat besar yg org jual makanan dlm foodtruck.

Dan depan sikit tu ada Setia City Mall, nak makan situ pun boleh kalau nak avoid crowd. Ye saya lupa nak cerita crowd dia, seminar kalini diberitahu 13,000 peserta hadir. Perghhh bapakkk ramai!

So lepas daftar saya terus masuk dewan. Saya diberikan satu woven bag, dlm tu ada buku module, dan ada satu kit kat dengan nota ucapan terima kasih. Bila buka tu dan baca, rasa mcm sangat dihargai pula. Sweet gitu..Haha.

SUASANA DALAM DEWAN SEMINAR

Lepas masuk dewan cari tempat depan sekali. Alhamdulillah jumpa, nasib baik sebab awal sampai. Siapa biasa pergi seminar Dr. Azizan Osman ni tahu yang peserta akan mula jadi GILA bila dah masuk dewan.

Dewan kosong tu dah penuh…Semua berdiri atas kerusi..GILER!

Gilerr laa sebab masuk2 dewan, dah amik tempat, terus orang naik atas kerusi, mula menari-nari ikut rentak lagu yang dibuka kuat-kuat dalam. Lagu-lagu dia, mmg kalah disco-disco kat luar tu. Lagu yg dimainkan semuanya club songs yang beats dia tinggi. (Nanti saya terangkan apa sebabnya)

So seminar pun bermula dengan sesi energizing oleh En Radz, Vice President syarikat Richworks. Saya paling minat minat dengan salah satu lagu dia guna utk energizing – Armin van Buuren – Blah Blah Blah

Memang sampai skrg saya dengar lagu tu hari-hari, selain dari lagu bara bara bere bere yang memang dah jadi trademark seminar Dr Azizan Osman.

Lepas sesi energising habis, Dr Azizan Osman naik stage, dengan lagu intro CAN’T HOLD US FEAT. RAY DALTON . Memang meremang bulu roma saya bila lagu tu diorang mainkan dan Doc sndr melompat-lompat ikut rentak lagu.

SEMINAR BERMULA…

Doc mula seminar dengan simple formula Bagaiman kita boleh capai apa saja yang kita nak. BE – DO – HAVE. Konsep dia senang je, Rasa dlu macam kita dah dapat apa yang kita nak, then buat TINDAKAN GILER-GILER & Last2 akan dapat RESULT yang kita nak!

Sama spt formula ni, Doc ajar dlm seminar ni dengan beberapa lagi Formula lain yang sangat Powerful supaya orang mudah nak faham. Antara formula yang belajar dlm seminar ni:

  • Formula M.E.S.T.I
  • Formula L.U.C.K
  • Formula Be-Do-Have

Bukan tu je, dia akan ajar peserta topik-topik pasal kehidupan dalam bentuk points supaya orang mudah nak consume apa yang dia nak ajar. Contoh dia macam ni:

  • 12 Sebab Kenapa Kita Tak Boleh Nak Ubah Hidup
  • 4 Jenis Keyakinan

Antara topik dia share, ada sebab kenapa ada orang hidup dia semakin baik, ada orang hidup maintain je takde perubahan, ada orang hidup dia makin down, jatuh, lemah semangat

Orang yang hidup dia makin baik – Sebab dia ada hope, expectation, sentiasa berharap kebaikan, berfikir kebaikan, hidup dalam keadaan positif.

Orang yang hidup dia maintain je – Dia hidup dalam keadaan tak pasti. Taktau nak buat apa dalam hidup, taktau nak capai apa, takde impian, takde plan

Orang yang hidup dia semakin down – Sebab takut. Takut dengan pesaing, takut tak cukup duit, dengki dengan orang lain.

So tulah antara perkara yang Noor belajar. Ada banyak lagi sebenarnya. Oh yea, saya lupa nak terangkan kenapa seminar Doc banyak guna lagu-lagu yang ala-ala club songs, sampai orang menari-nari atas kerusi. Ini ada kaitan rapat dengan ENERGY.

Dapat hadiah buku bila buat survey form yang diorang suruh isi

ENERGY

Dr Azizan share, emosi pengaruh energy kita. Kalau layan emosi sedih lama-lama, energy kita down, lemah, mula negatif masuk.

Dengan ada lagu-lagu high beat, menari-nari atas kerus, memang kita tak sempat nak fikir negatif. Luaran kita akan pengaruh dalaman kita. Kita akan semakin energetic, lebih semangat.

Dalaman kita pengaruh luaran kita. Dan luaran kita pun boleh pengaruh dalaman kita.

Dalaman = Emosi (Positif atau Negatif)
Luaran = Movement kita (Pergerakan kita. Duduk tunduk kepala boleh buat kita down, pandang depan dongak kepala boleh beri kita lebih semangat.

TUN M BUAT LAWATAN TIDAK RASMI

https://www.youtube.com/watch?v=V_caHs0tfZc

Pada hari kedua seminar, seluruh dewan terkejut bila mendengar announcement Tun M sedang dalam perjalan ke dalam dewan. Itulah pertama kali Noor nampak Tun Dr Mahathir dengan Tun Dr. Siti depan2.

Beliau masuk ke dalam dewan dan duduk di kerusi khas yang disediakan utk beliau. Doc Azizan explain sedikit tentang syarikat Richworks dan apa yang beliau buat selama 8 tahun jalankan seminar.

Lepas tu murid-murid Doc Azizan yang berjaya buat sharing pasal bisnes masing-masing di depan Tun Dr. M dan Tun Siti. Last sekali sesi itu berakhir dengan sedikit ucapan oleh Tun Mahathir.

‘’Orang di bandar biasanya kaya, orang di luar bandar biasanya miskin. Tapi kalau kita BELAJAR macam mana nak berniaga, maka kita juga akan dapat pendapatan yang sama malah lebih daripada yang terdapat di bandar-bandar,”.

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Saya dengan kawan baru yang jumpa di sana. Beliau datang dari Sarawak

QUOTES YANG MENARIK

Dalam seminar Nak Ubah Hidup ni, banyak sebenarnya quotes yang Doc share sepanjang seminar. Ni antara yang saya dapat capture.

Kalau bertuhankan Yang Maha Kaya, kau takkan hidup miskin.

Dr. Azizan Osman

Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan pun hidup.
Kalau kerja sekadar kerja,
Kera pun kerja

Buya Hamka

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat pada orang lain

Sabda Rasulullah S.A.W

If you want something, fight for it.

If your why is BIG enough, you will find the HOW

TOPIK PALING MENARIK JIWA SAYA

Yes, dalam 3 hari seminar Nak Ubah Hidup tu terlalu banyak input yang Doc ajar. Memang kalau anda tgh melalui fasa DOWN dlm hidup wajib pergi seminar ni. Kalau tak sempat lagi nak pergi, please pergi tengok Facebook page dan Youtube dia. Tengok kat situ pun boleh dapat banyak input.

Memang dekat luar, saya tak pernah dengar ilmu-ilmu yang dia ajar, dan paling best dia bukan ajar semata-mata pasal motivasi untuk cari duit atau berjaya setakat dekat dunia. Setiap topik, Doc akan link kan dengan agama Islam.

Dia ada cakap, kita asyik nak tengok marketing dengan manusia, tapi marketing dengan Allah tak jaga. Perghh memang deeppp ayat dia. Sentap.

Last day dapat angpau special..hehe

Begitu la bestnya sharing Doc Azizan dlm program 3 hari Seminar Nak Ubah Hidup. InshaAllah Noor berharap artikel ini bermanfaat untuk korang dan kalau korang tak pernah hadir seminar beliau, saya berharap sangat korang join next upcoming seminar dia. Memang korang takkan rasa menyesal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here