📍 Riccarton Capsule Hotel, KL
🏠 Single Capsule
🏷 RM37/night @agoda
.
Booking dgn @agoda ,harga RM37 satu malam, memang berbaloi sebab korang dapat experience baru. Takde la selesa sangat, tapi boleh get excited dengan environement dia.
.
Dalam pod tu dia ada sediakan meja kecil kalau nak baca buku atau nak buat kerja dengan laptop. Sangat membantu. Ada 2 plug point, cukup untuk charge fon dan laptop aku. Wifi pun ada.
.
Aku paling excited dengan lampu dia. Ada lampu membaca, ada lampu untuk cermin, ada lampu utk keseluruhan pod. Semua lampu boleh diadjust brightness dia.
.
Setiap pod dia ada sediakan mini extinguisher, untuk sebarang emergency. Dan pod kita senang untuk lock dan unlock secara manual.
.
Tandas dia bersih dan selesa. Ada tempat shower dan tandas yang asing. Setiap orang ada diberikan locker. Boleh simpan barang berharga dalam locker tu.
.
Dekat koridor ada disediakan water dispenser, iron baju, dalam tandas ada hair dryer sekali.
.
Cuma dia bising bila orang lain di pod sebelah keluar masuk. Kalau korang duduk pod bawah, memang korang akan rasa annoying bila orang atas, keluar masuk pod.
.

Kalau korang ambil pod yang 1 person punya, bilik dia sangat kecil. Nak gerak sana sini, tak boleh.
.
TV dia macam canggih. Tapi channel dia tak berapa canggih, aku buka satu movie, dia punya loading lama giler sampai aku tutup tv dah.
.
Overall aku boleh bagi rating 3/5 untuk hotel ni. Ak tak setuju ini hotel budget yang terbaik sebab aku pernah stay hotel lebih murah drpd ini yanh jauh lebih selesa di KL. .

Tapi kalau nak get excited, nak cuba new experience memang berbaloi dtg stay sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here