Kredit: Fakrul Jamil

Korang nak pergi cuti tapi tak tahu nak pergi cuti dimana and nak buat apa? Takpe jangan risau, hari ini saya nak recommend anda satu tempat ni, iaitu – Royal Belum Tasik Temenggor.

Coppp! Sebelum tu, kalau korang gemar dengan percutian dan tempat yang dikelilingi alam semula jadi, boleh baca entry saya tentang Dusun Bonda (Batang Kali) & The Waterway Villa (Bentong, Pahang)

Sekarang mari kita lihat aktiviti-aktivit best yang anda boleh buat dekat Royal Belum ini!

  1. Houseboat Royal Belum

Korang teringin travel naik boat, tapi tak pernah try lagi? Jangan risau, untuk sampai ke Royal Belum ni korang boleh naik jeti Tasik Banding.

Dengan kawasan tasiknya yang luas dan view yang cantik boleh bagi anda feel ala-ala cerita Pirates of the Carribean.

Kalau korang rasa nak stay dalam boat pun boleh dengan menyewa houseboat yang menawarkan mcacam-macam facilities. Salah satu pakej yang ditawarkan, korang boleh stay selama 2 hari 1 malam untuk menjelajah Hutan Belum Royal Temenggor ini.

Harga dan saiz houseboat Royal Belum boleh pilih mengikut kemampuan dan saiz group korang.

2. Memancing di Tasik Banding

Kredit: Belum Temenggor

Kalau untuk yang kaki memancing, Tasik Banding di Belum Temenggor ini adalah syurga bagi korang. Orang yang memancing dekat tasik banding ni memang tak pernah balik dengan tangan kosong.

Dahlah dapat banyak ikan, berbeza jenis pulak tu. Siapa tak excited kan ? Orang yang tak minat memancing pun boleh kena gian kalau gini.

3. Bunga Rafflesia

Kredit: Belum Outdoor

Sesampai je di Royal Belum , korang bolehlah lihat bunga terbesar dunia, Rafflesia di tanah Royal Belum ini.

Tetapi ini bergantung pada nasib korang sebab bunga ini ada musimnya untuk mekar dan ia akan mati dalam jangka masa 2 minggu je.

Saya tak nak bagi harapan kat korang so, saya bagitau awal awal ye bukan semua orang bernasib untuk melihat. Kalau dapat jumpa, jangan lupa
ambil selfie ye.

4. Perkampungan Orang Asli

Kredit: Belum Temenggor

Boleh dikatakan Royal Belum ni adalah tempat tinggal bagi orang asli. Memandangkan Royal Belum adalah tempat pelancongan orang asli, penduduk di sini sangat mesra dengan pelancong.

Lawatan ke perkampungan orang asli boleh jadi amat ceria dengan gelagat budak-budak yang comel dekat sana.

5. Salt lick

Kredit: Belum Outdoor

Salt lick ni adalah satu kawasan di Royal Belum yang terkumpulnya bahan mineral, garam. Ada beberapa kawasan salt lick di Hutan Royal Belum.

Highlight di kawasan ini adalah selalunya haiwan liar akan jenguk tempat ini untuk menjilat garam. Itu adalah antara nutrisi mereka.

Biasanya kalau korang pergi ke kawasan salt lick, korang boleh melihat tapak kaki wild life. Tapi time korang berkunjung kalau ternampak wild life itu sendiri mohon jangan kacau ye, untuk keselamatan anda
dan untuk kesenangan wildlife jugak.

Jomlah kita jadi pelancong yang berhemah.

6. Burung Hornbill

Kredit: Belum Temenggor

Hornbill ni mesti korang ingat boleh jumpa kat Sarawak je kan ? Tapi ramai yang tidak tahu yang hornbill ni boleh jumpa di Perak juga.

Total ada 10 spesis hornbill yang ada kat Malaysia dan yang paling awesomenya adalah kesepuluh-puluh spesis itu boleh dijumpa di Hutan Royal Belum Temenggor.

Tapi sama macam rafflesia, jumpa hornbill pun depend kepada nasib korang.

7. Penginapan di Royal Belum Rainforest Resort

Kredit: Agoda

Selain daripada diversiti alam semulajadi, pelancong juga boleh menikmati kemewahan di Royal Belum Rainforest Resort.

Resort mewah yang terletak di tengah-tengah hutan berjaya menarik
perhatian orang. Royal Belum Resort ini yang mendepankan Tasik Temenggor dan dikelilingi oleh gunung-ganang dapat menyedapkan mata memandang. Resort ini boleh menjadi penginapan anda
selama stay anda di Royal Belum sambil melakukan aktiviti aktviti yang lain.

8. Trekking

Kredit: Belum Temenggor

Di Hutan Royal Belum, korang boleh melakukakan aktiviti trekking. Dan ini adalah tempat sesuai sekali untuk yang ingin meredah hutan.

Dengan trekking-nya yang agak mencabar, conform peminat aktiviti lasak akan rasa puas hati dengan adrenaline rush-nya.

9. Berkayak / merakit di Tasik Temenggor

Kredit: Belum Rainforest Resort

Hampir semua dari kita ada rasa nak berkayak kan? Siapa tak suka naik kayak dua orang pastu pusing satu tasik? Kalau pergi dengan couple, romantik gitu je. Hehe.

Berkayak memberikan pengalaman yang jauh berbeza dari naik boat. Yelah, kayak kan kita bawa sendiri.

Korang boleh buat kayaking di Tasik Banding yang dikeliling oleh hutan yang tebal ni. Dah macam dalam cerita Anaconda juga bila tengok kat gambar.

Selain dari kayak, kalau korang menyewa houseboat, sudah pasti mereka sediakan rakit yang dibuat dari bulu utk akviti santai-santai dengan group korang.

Sambil tu bolehlah korang duduk goyang kaki dalam tasik sambil memancing.

10. Mandi Air terjun

Kredit: Afiq Halid

Dalam Hutan Royal Belum ni ada banyak sungai dan air terjun yang korang boleh dijumpa dengan trekking yang mudah.

Turun dari jeti, trek sekejap dan terus boleh menikmati keindahan air terjun di sini.

Beberapa air terjun yang boleh dilihat ialah, Air Terjun Ruok dan Air Terjun Sungai Kooi (perlu daki sebab agak tinggi, sesuai untuk yang gemar mendaki).

11. Diversiti tumbuhan dan hidupan liar

Kredit: Asean Travel

Tahu tak dekat Hutan Belum Temenggor ni korang boleh jumpa
haiwan-haiwan liar yang boleh dikatakan agak rare.

Seperti Malaysian tiger, Badak Sumbu Sumatra yang semakin pupus, Malayan tapir dan macam-macam lagi.

Kalau korang peminat kartun animasi Ninja turtle, jangan lupa jumpa 5 spesis turtle dekat Tasik Temenggor. Kalau time korang pergi dapat kesan keberadaan haiwan haiwan ini, saya mohon jangan kacau tau.

12. Royal Belum Adventure Camp

Kredit: Belum Temenggor

Hutan Belum ini antara hotspot yang orang kunjung untuk buat camping.

Hutannya yang agak luas, dipenuhi dengan diversiti alam semulajadi dan sesuai untuk aktiviti-aktiviti adventure seperti jungle trekking, bird watching, hiking , flying fox menyebabkan Belum camp ini sesuai untuk group camping dan team building camp.


Ada empat kem disediakan untuk tempat perkhemahan:

  • Kem Sg. Kenarong
  • Kem Sg. Tiang
  • Kem Sg. Kejar
  • Kem Sg. Papan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here