Kalau cakap pasal makan seafood tepi laut, aku pernah makan kat Senibong Johor & Port Klang je sebelum ni. Sampai la semalam, aku ikut kawan-kawan makan seafood di Bagan Lalang.

Kami gerak dari Nilai, drive dalam 50min, dah sampai. Cuma waktu kami sampai tu, hampir2 nak pukul 8, jadi tak dapat tengok pemandangan laut sangat. Dalam kedai ni ada surau, jadi kami solat maghrib di situ.

Sampai2 je, kawan aku order dulu makanan. Cara order standard la mcm kedai seafood biasa. Kita pilih la menu yang kita nak, nak masak jenis apa kat abg tu, diorang akan masakkan. Dekat situ, dia siap2 tulis harga setiap item ikut berat.

Item yang kami pilih ialah ikan jenahak (masak stim), ikan cencaru & kerapu (bakar) sotong goreng tepung, udang (masak butter), kerang bakar, pepahat (masak cili) dan sayur kailan ikan masin.

Itulah first time aku kenal apa itu pepahat. Pepahat ni sejenis siput, ada yang panggil siput buluh. Memang sedap juga la. (Gambar: Pepahat masak cili)

Kami 5 orang makan, makanan dia sangat laa sedap. Favourite aku ofcourse la dia punya udang butter dengan kerang bakar. Haa lupa plk sambal dia. Sambal dia memang terbaik dan pedas.

Nasib baik pepahat masak cili tu ada kuah2 dia skit, aku boleh makan dengan nasi. Aku mmg takblh makan nasi tanpa kari. Kali ini kuah pepahat tu la jadi teman aku. Haha.

Habis makan 5 orang, harga dia hanya RM180 sahaja. Kita orang terkejut juga tengok harga murah macam tu. Sebab masing2 memang kenyang makan banyak.

So bagi aku Senandung Malam Seafood kat Bagan Lalang ni kedai wajib pergi utk seafood lovers. Tapi make sure weekend pergi awal. Sebab weekend memang ramai kat situ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here