EXIF_HDL_ID_1

Hi semua, sebelum ini korang mesti ada baca review aku pasal stay di Dusun Bonda atau Club Med Cherating, so dalam post ni aku nak share pengalaman stay di salah satu resort yang betul-betul dikeliling dengan hutan & berjaya dekat aku dengan alam semula jadi. Itulah The Waterway Villa, sebuah resort di Bentong, 1 jam perjalanan dari KL.

Kami bertolak dr KL pukul 11.30 malam dan sampai pukul 1am di resort. Jalan dari KL ke resort waktu malam memang mencabar sungguh. Berliku-liku, sempit dan gelap, hujan pulak pada masa tu. Nak bagi lagi mencabar, ada pula lori-lori besar lalu dari arah opposite.

Sampai je di resort, kami masuk bilik kami, Bamboo Villa. Dah lah tengah hujan lagi masa tu, masuk dalam bilik, perghhh dia punya rasa sedap tu…Bamboo Villa ni sangat special sebab the whole bilik diperbuat daripada bamboo. Lantai, dinding, bumbung, katil, meja, kerusi, even tandas dia pun dibuat dari bamboo. Aku rasa macam ala-ala duduk kampung pun ada. Korang boleh hidu bau bamboo dalam bilik tu.

Lepak di balkoni Bamboo Villa ni best. Sambil menikmati hujan. Biliknya lengkap ada semua jenis kemudahan, Katil, aircond, meja & kerusi, kettle, heater dalam tandas. Mereka sediakan tuala, ubat & berus gigi untuk 2 orang. Tapi bilik ni tiada TV dipasang. Dan kesemua jenis bilik di resort, memang mereka tak sediakan TV. Agaknya mereka nak korang nikmati nature je kot. Tapi jangan risau wifi ada. Cuma slow je. Hahaha.

Pemandangan dari luar Glass Villa , The Waterway Villa
Pemandangan dari luar Glass Villa , The Waterway Villa

Keesokan pagi kami pun bangun fresh lepas dapat tidur yang cukup. Bangun-bangun je korang akan dengar bunyi-bunyi burung & ayam berkokok.

Kita tak dengar bunyi bising kereta ke apa. Itu yang aku paling suka kat The Waterway Villa Bentong ni.

Keluar bilik tu, aku pun berjalan-jalan sekeliling situ (acah-acah morning walk la konon). Sumpah view dia cantik sangat.

Kat situ bukan view dia yang jadi tarikan, tapi kehijauan yang korang nampak, ketenangan yang korang dapat – itu yang jadi highlight utama di sana. Depan bilik ada macam sungai kecil yang mengalir, yang menambah kecantikan tempat ni.

Ruang Tamu Bali Suit Villa , The Waterway Villa
Ruang Tamu Bali Suit Villa , The Waterway Villa

Pukul 8 am mereka dah siapkan breakfast. Diorang tak buat breakfast macam buffet tau. Mereka sediakan by guests yang ada di situ. Kalau ada 3 guest je, mereka prepare makanan utk 3 orang je.

Kami dijamu dengan maggi goreng, nuggets, sosej, french fries, popia, baked beans & roti bakar. Yang highlight-nya adalah dia punya popia tu. Inti sayur, tapi sedaaap yakmat!

Tempat makanan ni ada di lobby The Waterway Villa Bentong. Tempat makan dia agak cozy & santai.

Lepas makan, kami mula explore apa yang ada di resort ini. Dekat sini, bukan 1 atau 2 , tapi ada 6 atau lebih kolam ikan di setiap sudut resort.

Dan ikan dalam kolam tu pula besar2. Kami sempat lihat abang staf di sana sedang berikan makanan kat setiap kolam tu.

Tempat lepak di sebelah swimming pool , The Waterway Villa
Tempat lepak di sebelah swimming pool , The Waterway Villa

Seterunsya ada kandang ayam juga di situ. Tapi kandangnya dibukakan, so ayam-ayam tu berkeliaran bebas main-main kat luar.

Then kami sampai ke tempat swimming pool. Ada yang untuk orang dewasa & ada utk kanak-kanak. Menariknya ada slide juga di swimming pool dewasa tu, tu part yang paling best! Sekeliling swimming pool ada lazy chair untuk duduk dan lepak.

Dari tempat swimming pool, korang akan nampak view hutan yang di belakang resort ni. So memang rasa best je duduk situ.

Satu benda aku perasan kat sini, diorang sediakan banyak port untuk hangout. Di lobby, ada buaian, kerusi-kerusi antik, sofa yang boleh lepak.

Di sebelah fish pond, ada hammock yang boleh korang hayun. Ada few tempat, yang ada pondok dengan meja kerusi untuk lepak.

Apa yang aku nampak, kalau korang datang sini dengan family atau pun kawan, definitely korang boleh mengeratkan silaturrahim antara masing2 dengan plenty of quality and peaceful chats.

Di Waterway Villa ni ada 5 jenis bilik kesemuanya:-

  • Bamboo Villa
  • Bali Villa
  • Glass Villa
  • Family Suite Villa
  • Hill Villa
Entrance ke Bali Suite Villa , The Waterway Villa
Entrance ke Bali Suite Villa , The Waterway Villa

Lepastu kami request pada staf Waterway Villa untuk melihat bilik jenis lain yang ada di sini untuk record video dan ambil gambar.

Kami dibawa ke Glass Villa. Dari lobby, kami naik van untuk ke sana. Sebab Glass Villa ni atas bukit. So kena jalan jauh sedikit.

Mereka ada 2 bangunan Glass Villa,setiap bangunan ada 3 tingkat. So korang boleh pilih nak sewa tingkat mana satu. Masuk ke dalam Glass Villa tu baru kami sedar, kenapa ianya dipanggil macam tu.

Kiri, kanan, depan, tingkap cermin. So korang akan nampak view bukit-bukit di luar dari dalam bilik. Even di tandas pun mereka ada glass window. Sambil mandi, sambil menikmat pemandangan.

Ada 2 katil queen size. Senang-senang muat 4 orang. Seperti bilik lain, di sini pun takde TV. Tandas dia tiada bathtub. So korang jangan expect ini macam hotel-hotel 5 star biasa yang ada di bandar even though korang bayar mahal untuk bilik ni.

Glass Villa ni ada balkoni yang menghadap ke bukit hijau. View dia lebih kurang sama seperti view di Cameron Highland.

Berbukit-bukit, kehijauaan di sekeliling korang. Ini semua tak cukup best lagi. Korang keluar-keluar bilik je, ada kolam ikan, sumpah banyak gilerr ikan di dalam kolam tu.

Di Tengah-tengah kolam tu ada pula pondok berbumbung siap dengan meja kerusi. Malam-malam korang boleh lepak di luar bilik, duduk borak-borak di pondok tu, sambil tengok ikan dan view bukit-bukit yang luas tu.

Memang best weh! Baru aku sedar kenapa harga bilik ni RM700+ untuk semalam.

Settle ambil gambar & video di Glass Villa, kami pun visit pula Bali Villa. Bali Villa ni boleh muat 6 ke 12 orang.

Sesuai kalau korang nak buat stay whole family. Luar Bali Villa, ada kawasan rumput yang luas. Kalau ada family games & activities, boleh guna tempat ni.

Di bawah Bali Villa, ada satu ruang dengan beberapa meja kerusi dan buaian. Malam2 boleh lepak situ, main board games atau pun santai berborak.

View di Ruang Depan Glass Villa, The Waterway Villa
View di Ruang Depan Glass Villa, The Waterway Villa

Kami pun masuk ke dalam Bali Villa. Ruang tamu dia luas, tapi kosong. Ada meja dan kerusi. Macam biasa, tiada TV di ruang tamu dan kat bilik. Dia ada 3 bilik, ada balkoni di salah satu bilik, dan balkoni di hujung tengah2 ruang tamu.

Mereka ada sediakan area pantry, siap ada kettle, kopi dan gelas untuk buat air. Untuk pengetahuan korang, Bali Villa ialah bilik dengan harga RM1,200++ untuk satu malam.

Setiap package bilik di sini siap termasuk: Breakfast, Afternoon & Dinner. Afternoon tea mereka bukan tea je, diorang sediakan bihun goreng, buah-buahan, popia dan air.

And yess tak lupa juga, korang yang berminat nak buat aktiviti lasak sikit, boleh book awal-awal di lobby mereka nanti.

Habis je tour Bali Villa, kami pun balik ke bilik Bamboo Villa kami untuk berehat. Masa kami pergi cuaca dia memang best. Malam hujan, tengahari hujan sekejap.

Tak rasa panas sangat pun. Bagi aku, stay di The Waterway Villa Bentong ini adalah satu pengalaman yang tak boleh dilupakan sebab aku memang seorang yang suka dengan nature.

So ini resort yang paling memberikan impak pada aku untuk appreciate alam semula jadi.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here